Tuesday, September 8, 2009

Sikap Seorang Ayah

Assalamualaikum..

Inilah pertama kali saya menulis di dalam blog suami. Rasa terpanggil untuk meluahkan rasa tentang perihal seorang ayah.. Ayah adalah seorang ketua keluarga, ayah lah yang mencari rezeki dan menyara kehidupan anak-anak, ayah lah tempat bermanja, ayah adalah segala-galanya bagi anak-anak tetapi ayah jua yang melukakan hati anak-anak. Bgaimana terjadi? Mungkin institusi kekeluargaan begitu rapuh hinggakan ada yang makan hati. Banyak memori indah bersama ayah terpahat dijiwa. Sayangnya pada ayah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Namun masa begitu cepat berlalu, ayah tidak lagi seperti dulu. Ayah sanggup melukakan hati anak-anak demi seorang wanita yang lebih muda dari ibu. Kejamnya seorang ayah... bukankan anak-anak adalah anugerah dari Ilahi? Kenapa mensia-siakan kasih sayang anak demi untuk mendapatkan kasih sayang wanita muda yang hanya mahu hidup mewah? Ayah menjadi buta hati dan tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Ayah ingatlah kasih sayang anak adalah kasih sayang abadi....

Dulu ayah seorang yang sangat baik dengan anak-anak dan tidak pernah mengabaikan anak-anak tetapi kini ayah sentiasa menyendiri. Sudah tidak kedengaran gurau senda bersama anak yang ada hanyalah kata-kata pedih untuk anak-anak terima. Anak-anak perasan ayah berubah dengan ketara setelah mendapat rezeki yang melimpah ruah. Mungkin pada ayah kasih sayang boleh dibeli melalui wang ringgit. Ya Allah...

Disebabkan wanita itu seorang ayah tidak mengaku anak walhal itu adalah anak kandungnya, seorang ayah sanggup menghalau anak demi wanita itu, hanya kerana wanita itu ayah sanggup mengungkapkan kata-kata nista kepada anaknya yang tengah sarat mengandung... ayah kejamnya diri mu..... institusi kekeluargaan ini hampir musnah hanya kerana sikap ayah.. mana kasih sayang ayah? mana keprihatinan ayah, mana gurau senda ayah? mana kegembiraan keluarga ini seperti dulu?

Anak-anak cukup merana dengan sikap ayah. Pastinya mental dan sahsiah diri anak-anak turut terjejas dengan situasi ini.

Ayah kembalilah seperti dulu, kembalikan cahaya kegembiraan untuk keluarga kita.

Para pembaca blog yang saya hormati, kisah ini boleh dijadikan sebagai pengajaran. Sekiranya anda seorang lelaki atau pun seorang ayah yang manakah patut anda dahulukan adakah cinta terhadap anak-anak atau pun cinta terhadap perempuan yang anda tidak pasti sedalam mana kasih sayangnya. Setiap orang mempunyai pandangan. Apa jua pandangan dan nasihat akan dijadikan panduan pada masa akan datang.

p/s: kaum wanita juga dialu-alukan memberi komen untuk kisah ini.