Sunday, December 13, 2009

Ofis oh ofis.....


Bulan ni atau lebih tepat lagi minggu ini merupakan minggu terakhir saya duduk di ofis ini. Terasa sedih pula mahu meniggalkan ofis yang saya telah gunakan selama 5 bulan ini. Semuanya gara2 masalah dengan penyewa asal yang rupa2nya tidak menyampaikan sewa yang saya dan rakan bayar setiap bulan kepada tuan empunya pejabat.

Kalau mengikut perjanjian asal, sewa pejabat, bil api dan air akan perlu dibayar kepadanya, dan kemudian dia sendiri akan serahkan kepada tuan milik pejabat ini. Malang, dari bulan pertama lagi sewa itu tidak dijelaskan, malah panggilan tuan punya pejabat ini kepadanya juga tidak diangkat.

Terkejut saya dan rakan pada kali pertama tuan punya kedai datang sendiri dan bertanyakan hal sewa, sambil mencari penyewa asal pejabatnya ini. Saya katakan saya dan rakan telah membayar sewa kepada penyewa asal yang mempunyai "Tenncy Agreement" sehinagga hujung tahun hadapan. Kata tuan punya pejabat, kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengunci gril pejabatnya ini supaya kami tidak boleh masuk. Mujur, dia sendiri mengatakan sebenarnya tidak berguna jugak kerana yang lari dari membayar sewa itu adalah penyewa asal, sedangkan saya dan rakan tidak bersalah. Atas dasar belas ihsannya, dibenarkan kami mendiami pejabatnya sambil meminta tolong menasihatkan penyewa asal untuk membayar sewa.

Pening kepala dengan masalah yang berlaku ini, dan masalah yang kami jangkakan akan terus berlaku di masa hadapan, saya dan rakan sepakat untuk keluar dari pejabat ini, sebelum tuan empunya pejabat balik dari menunaikan haji di Mekah. Biarlah urusan sewa dan tunggakan bil api air di selesaikan di antara penyewa asal dengan tuan empunya pejabat ini, tanpa penglibatan kami.

Sekarang ini saya sedang mencari ruang pajabat lain yang bersesuaian. Dan buat sementara waktu ini, saya menumpang di pejabat rakan. Mujurlah dia mahu menolong, dan mengizinkan saya bekerja di pejabatnya sementara saya dapat mencari ruang pejabat saya sendiri.

Saya merasakan ini ada hikmahnya. Mungkin Allah mahu saya mencari ruang pejabat lain yang lebih besar, lengkap dengan beberapa orang kakitangan. Mudah2an itulah yang akan berlaku. Allah terus permudahkan urusan rezeki saya, sehingga saya boleh mengembangkan perniagaan saya ini, dan membantu orang lain mempunyai kerja dan gaji yang bakal saya tawarkan.

Setiap apa yang berlaku itu, Allah adalah Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia, perlu terus bermuhasabah dan melakukan yang terbaik dalam hidup kita.

Saya akan terus mencari, dan terus mencari ruang pejabat yang sesuai. Pasti akan ketemu jua, hanya masa akan menentukan.

Tuesday, December 8, 2009

Syukur..

Alhamdulillah.... saat2 genting itu telah aku harungi dengan jayanya. Syukur banyak2 pada Allah yang telah memudahkan urusanku, di saat2 genting ini. Dah terima kasih juga sekali lagi pada isteri, yang memberikan sepenuh sokongan moral dan kewangan padaku.

Benarlah kata orang, disebalik kejayaan atau kegagalan seorang lelaki itu, pasti ada seorang wanita disebaliknya. Sekarang, aku benar2 meyakininya. Isteri itu bukan sekadar seorang wanita yang menjaga urusan rumahtangga kita, tetapi sebenarnya dialah teman karib yang sama2 merasai susah dan senang kita. Menangis bersama, dan tentunya gembira bersama.

Seorang suami yang menjadikan isterinya sebagai teman karib sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Kerana tiada orang lain sebenrnya yang memahami suami melainkan sang isteri. Isteri itu tahu kelemahan dan kelebihan sikap kita lebih dari orang lain... kerana kelemahan kita itu lebih banyak terserlah di rumah.

Pasti ramai yang bersetuju bahawa setiap dari kita seboleh-bolehnya akan menunjukkan kebaikan dan kelebihan kita di luar, di tempat kerja, di mana2 sahaja ada masyarakat sekeliling. Dan pastinya setiap kekurangan, kelemahan atau keburukan itu cuba disorokkan... Dan di mana lagi terserlahnya kelemahan dan kekurang itu jika bukan di rumah. Dan siapa lagi yang akan tahu jika bukan ibu bapa, adik beradik dan pasangan kita sendiri... bagi suami pastilah isterinya.

Diriku ini juga ada banyak kelemahan dan kekurangan. Dan Alhamdulillah, isteriku memahami, malah dia juga yang memberi tunjuk ajar serta peringatan akan kelemahn ku itu. Sedikit demi sedikit aku cuba perbaiki... dan hasilnya adalah memberangsangkan.

Diluar sana, ramai juga rakan2 ku yang mengatakan bahawa isteri adalah isteri di rumah. Tidak sesuai untuk dibawa berjumpa rakan2, dan lebih baik tidak mencampuri urusan kerja si suami di luar. Mungkin ada benarnya, tetapi mereka tidak nampak dan mungkin juga tidak merasai kepentingan isteri itu sekali sekala mencampuri dan mengambil tahu urusan kerja mereka. Ingat, jangan bila susah sahaja baru hendak mengadu pada isteri... Bukan kita mahukan kongkongan dari isteri, tetapi sekurang2nya berilah dan libatkanlah isteri dalam hal2 kerja dan rakan2 kita yang lain... supaya dia tahu dan boleh memberikan nasihat atau buah fikirannya yang kadangkala jauh lebih bernas dari rakan2 kita yang lain.

Tapi semua itu terpulang pada individu... Padaku, isteri ku itu adalah isteri, rakan karib dan ibu terbaik dalam hidup. Semoga Allah terus memberikan kebaikan dan keredhaan dalam kehidupan kami sekeluarga. Dan semoga rezeki ini tidak putus2... mudah2an dengan rezeki ini kami boleh membantu dan menginfaqkannya ke jalan agama-Mu Ya Allah...

Friday, December 4, 2009

saat genting...

Minggu ini adalah saat genting bagi ku. Mana tidaknya, aku masih perlukan beberapa ribu ringgit lagi untuk menjelaskan bayaran kepada pembekal.

Adat dalam perniagaan, bila kita mahukan barang baru, kenalah selesaikan bayaran yang terdahulu. Aku tidak terkecuali. Tapi keaadaan sekarng ini sangat genting. Baki dalam akaun tdai aku dapati masih lagi tidak mencukupi. Nah, tiba2 seorang pelanggan pula menelefon ku semalam. "Tolong tangguhkan cek yang abang Man bagi tu yer, jangan masuk 5hb, tapi masuk 10hb..." pintanya kepadaku. Aku terpana sebentar, hendak di tolak permintaannya, tidak tergamak kerana dia adalah diantara pelanggan ku yang setia dan steady. Akibat menyetujui permintaannya, aku pula yang tersepit.

Tambahan pula seorang lagi pelanggan ku memaklumkan yang dia hanya boleh menjelaskan hutangnya padaku pada 9hb nanti. Ahhhh, makin bercelaru fikiranku.

Zaman sekarang sebenarnya adalah zaman ekonomi yang sangat perlahan. Orang begitu berhati2 untuk berbelanja. Kuasa membeli lemah dan kurang. Akibatnya adalah pada peniaga, diantaranya aku... kerana pelanggan2 aku juga adalah dikalangan peniaga. Bila pelanggan tidak membeli dengan mereka, akan bermasalah lah jadinya. Cek yang ditulis, di"stop payment"... dan lebih teruk lagi bila bank in cek tahu2 return. Alasan yang tertulis adalah" Refer to drawer"... Sah2 tiada duit dalam akaun tu.

Dalam kesempitan ini mujur ada isteri dan keluarga... menghulurkan bantuan yang sewajarnya. Insyaallah, seminggu dua lagi selesailah kekusutan ini. Pada isteri tercinta, terima kasih diatas pengorbanan dan bantuan. Semoga Allah terus permudahkan urusan rezeki kita pada masa2 mendatang.