Sunday, June 28, 2009

Seperti burung di dalam sangkar..... dipuja, dibelai dan dimanja oleh tuannya. Burung ini bukan burung sebarangan... suaranya merdu, bulunya mempunyai warna dan kemasan yang yang sangat menarik.... Jika masuk pertandingan, tuan yang empunya pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. Nombor 1, 2 dan 3.... selalu sangat... Saguhati pulak tak terkira banyaknya.

Sebab itu tuan dia sayang padanya... Makanan yang elok2 sahaja diberi. Pagi petang dimandikannya.... Tapi tuan dia tidak tahu, burung itu hatinya selalu memberontak. Walau sangkar emas sekalipun yang didiaminya, sang burung tetap mahu keluar. Kegembiraan itu sukar digambarkan oleh sesiapa... kecuali pada diri sang burung itu, dan juga mungkin yang seangkatan dengannya.

Burung oh burung..... di dalam hati mu itu tiada siapa yang tahu. Berbunyi di dalam sangkar tuan katakan bernyanyi dengan riang... padahal kamu wahai sang burung sedang menjerit untuk keluar dari sangkar... mencari kebebasan, meneroka ke segenap alam....

Sabarlah wahai burung... hari kebebasan mu akan sampai jua. Sehingga itu, menjeritlah terus utuk menghiburkan tuanmu... sebelum kamu boleh menyanyi riang di luar sana.

Hati & Jiwa....1

Hari ini hari ahad,... hari yang mana seisi keluarga biasanya beristirehat, atau mungkin pergi makan angin. Tapi di Kota Bharu hari ini adalah hari bekerja. Saya juga tidak berkecuali, apatah lagi sekarang ini saya bekerja sendiri. Waktu kerja tidak menentu. Pun begitu, saya tetapkan dalam diri seboleh-bolehnya malam saya tidak diganggu, begitu juga hari Jumaat kerana saya mahu bersama keluarga.

Hari-hari yang telah berlalu, saya lewati dengan sedikit penyesalan. Kenapa? Saya sentiasa merasakan bahawa kerja atau amalan saya ini sentiasa ada kekurangan..... bila hari tersebut telah berlalu, baru saya sedari sesuatu yang tidak kena.... nah, ada cacat cela rupanya pekerjaan saya.

Yang terbaru sekali adalah pekerjaan saya berkaitan penyediaan laporan kewangan tahunan syarikat tempat lama saya bekerja. Penyata kewangan itu benar, tapi dalam proses menyediakannya itu ada kekurangan.... Bukan kurang rekod debit atau kredit.... tapi kurangnya "hati" dan "jiwa". Hati saya disepanjang proses penyediaan itu sedikit terganggu... Ada beberapa faktor yang saya kira agak besar juga impaknya pada kerja saya. Rasa malas itu kerap kali muncul di saat saya ingin memulakan kerja... kemudian timbul pula rasa untuk menangguhkan pekerjaan tersebut.....

Saya gagahkan juga diri untuk menyiapkan laporan dan penyata kewangan tersebut sebelum ianya dihantar ke juruadit. Harap2nya, biarlah penyata itu tiada masalah...

Friday, June 26, 2009

Rumah...

Tahun ini umur saya sudah menjangkau 31 tahun. Bagi sesetangah orang mereka amat berahsia akan umur mereka, tetapi tidak bagi saya. Umur yang saya kira sudah dipertengahan hidup ini (jika mengambil kira purata umur umat akhir zaman dan Rasulullah sendiri yakni 63 tahun) seharusnya telah banyak mematangkan saya. "Sekurang-kurangnya sudah 1/2 kilo asam dan garam saya makan... ".

Saya berkahwin pada umur 27 tahun... menimang cahaya mata pada umur 31 tahun.... Selalu juga saya berfikir, apa lagi yang kurang dalam hidup ini. Isteri yang baik sudah ada, zuriat pun sudah ada... tapi apa lagi yang tidak lengkap?

Ketika saya meninggalkan kerja saya di KSP dulu dan pergi berhijrah ke Putrajaya, saya tidak mempunyai harta melainkan sebuah kereta. Tapi saya ada membeli sebidang lot tanah bersama Sukiman.... mengikut perancangan nak buat rumah di situ, tapi perancangan itu bersifat sementara. Akhirnya kami jualkan tanah itu beberapa tahun yang lalu.

Semasa saya di Putrajaya, saya mendapat tahu ramai rakan2 saya di KSP yang mengambil inisiatif membeli rumah. Ada rumah banglo, semi-D dan teres... mengikut kepada kemampuan mereka. Saya kagum pada mereka, kerana mempunyai wawasan dan kewangan yang cukup untuk membeli rumah.... bayangkan di pertengahan umur 20an dan ada yang sesetengahnya baru sahaja bekerja sudah mampu membeli rumah.... Timbul perasaan jealous saya pada mereka... dengan siap2 nak pasang lantai Pergo... tanam rumput karpet... Fuhhh... memang class!!!.... Sahabat saya Sukiman pada masa itu juga selalu berkata pada saya yang dia pun sedang mencari rumah untuk dibeli... dan akhirnya setelah 4 tahun berlalu, dia juga memiliki rumah idamannya. Gambar2 rumah beliau boleh dilihat di dalam blognya di...http://jankaulu.blogspot.com.

Ramai rakan2 saya yang sudah memiliki rumah sendiri.... tetapi saya masih lagi menumpang rumah keluarga. Bila agaknya saya juga akan mempunya rumah sendiri? Selalu soalan ini berlegar2 di fikiran saya.... Nak tak nak, saya perlu gandakan usaha dan bekerja keras..... mudah2an saya juga boleh membina @ membeli sebuah teratak untuk keluarga saya sendiri. Nak buat apa pun tak kisah di dalam rumah... kerana itu sudah rumah kita. Ya Allah, kabulkan doa hamba-Mu ini... mudah2an hajatku untuk memiliki rumah sendiri tercapai... yang di dalamnya ada rezeki yang berkat dan kebahagiaan hidup... Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tahniah pada rakan2 yang sudah memiliki rumah sendiri.... Satu hari nanti saya juga mahu menjadi seperti anda.....

Monday, June 22, 2009

Bila waktu tidur berubah...


Zaman2 bujang dulu, masa tidur tak menentu. Kadang2 dalam sehari tu tidur dalam 2-3 jam... dan kadang-kadang menjangkau sehingga ke 10-12 jam. Masa tu bila kita tidur, takde sapa nak kacau. Habis2 pun mak ayah kejut bangun solat subuh..., atau nak mintak tolong kita buat sesuatu.

Waktu bujang dulu, tapi time hati ni dah berpunya... tidur pun tak menentu juga. Kadang-kadang masa tidur singkat ... kenapa? Coz malam tu bergayut dalam tepon 2-3 jam sampai pukul 2 pagi. Esok plak kena gi kerja seawal jam 8 pagi...

Mula-mula kawin, masa tidur maintain... sehari tu tidur dalam 7-8 jam. Masuk tidur pun awal..hehehe... ada sebab lah katakan. Kalau tidur lewat pun coz keluar jalan malam2 ngan isteri. Jalan2 carik makan "supper" ... sambil tgk keindahan malam.

Tapi sekarang ni bila dah ada anak.... malam tak seperti dulu. Masuk tidur pun awal.... Tidur style tidur2 ayam... Masa tidur kadang2 tak cukup.... Biasalah, anak kecik ni perlukan perhatian. Sikit2 dia menangis... lapar menagis... panas menangis.... pampers dah full pun menangis... kembung perut pun menangis..... Mula2 dulu tension jugak, coz hidup berubah secara drastik. Tapi lama kelamaan dan boleh sesuaikan diri. Isteri pun faham... so kita pun kena faham. Sama2 tolak ansur.

Seperkara yang saya selalu cuba ingat dalam hati, tak kira apa jua keadaan pun jangan cepat marah. Kena banyak bersabar. Alhamdulillah, walau tidur tidak lagi menentu, hati saya sekarang enjoy .... bila tgk muka Amzar.... nak marah pun tak jadi... tension pun hilang.... kadang2 tersenyum sorang2 melihat keletah dan kerenahnya.

Dia baru 3 bulan, tapi saya rasa dia faham apa yang kita kata padanya... Time kita nak marah, tiba2 di tersenyum.... kalau kita kata nak bawak keluar malam n tiba2 tak jadi, dia merengek dan berbunyi .."enggi... enggi...." yang saya kira maksudnya hendak pergi keluar.... Hmmm, jawabnya keluar jugaklah malam tu membawa dia melihat sekeliling sehingga dia tertidur.

Hai Amzar..... takpelah tidur bukan macam dulu2 pun.... Abi dan Mummy puas hati....

Friday, June 19, 2009

Amzar 2....


Sebagaimana dijanjikan semalam, hari ini saya ingin uploadkan beberapa keping gambar buah hati saya yang terbaru selepas isteri...

Ni gambar hari pertama dia di atas muka bumi ni. Lahir pukul 1.40a.m... 18 Mac.

Ada cerita menarik disebalik kelahirannya. Kalau ikut doktor, EDD anak saya ni adalah pada 13 Mac. Pun begitu, hari Jumaat 6 Mac selepas solat Maghrib, wife saya sudah merasa sedikit contraction... saya kejarkan dia ke hospital dengan seberapa segera. Takut pula jika terberanak di dalam kereta. Yang menariknya, sampai di hospital rasa sakit itu hilang.... Doktor kata anak dalam tu nak main2 jer.

Biasanya, kalau dah ada contraction ni doktor kata 2-3 hari akan bersalin lah. Tapi wife saya tak jugak rasa sakit untuk bersalin. Masuk 13hb Mac juga masih tidak sakit. Oleh kerana ultrasound ke atas wife saya ni menunjukkan yang baby ni dah agak besar, so doktor suggest lah ke we all untuk induce wife saya ni.

Mengikut kata doktor, normally bila induce ni tunggu dalam 7-8 jam dah bersalin. So saya dan wife pun sepakat untuk pilih tarikh 17hb Mac... coz tu adalah birthday saya. Harapannya biarlah baby yang lahir tu sama birthday dengan saya.

Tapi betullah bila orang kata, "kita mampu merancang... tapi akhirnya hanya tuhan yang menentukan." 17hb tu dari pagi sampai ke petang wife saya masih tidak sakit, walaupun sudah di"induce" sebanyak 2 kali. Hanya pada malam itu sekitar pukul 10.30 mlm dia terasa sakit yang amat sangat. Tunggu punya tunggu punya tunggu.... 1.40pagi barulah cahaya mata kami ini lahir. Dan tarikhnya adalah pada 18hb..... mungkin dia xnak celebrate sekali birthday dengan saya, coz rugi nanti cake kena bahagi 2. Hehehe.... Tapi tak kisah lah. Yang penting cahaya mata kami ini lahir dengan selamat, sihat dan cukup sifat.

Thursday, June 18, 2009

Amzar....

Petang tadi selesai shj saya membuat posting yang pertama, terus shj saya sms ke seorang rakan baik. Saya nyatakan alamat blog saya ini supaya mudah dia melayarinya... juga memberikan pandangan profesionalnya (saya katakan profesional kerana blog tulisannya baru2 ini sudah mencecah 10k pengunjung)... Kalau dah cecah 10k tu, maknanya ramailah orang suka baca apa yang ditulisnya. Berdasarkan pengamatan saya, blog yang senang2 nak cecah begitu ramai pengunjung ni biasanya blog hiburan/ gosip artis/ dan yang terkini politik tanahair...tapi blog dia ni merupakan satu blog luahan jiwa rasa, pengalaman dia dalam kehidupannya yang telah berlalu dan juga yang sedang berlaku. Saya kagumi tulisannya, dan saya percaya ramai lagi pengunjung blognya itu yang bersetuju dgn saya.

Hmmm, tp saya bukannya nak tulis berkenaan dirinya, juga bukan berkenaan blognya. Tapi reply sms yang saya terima daripadanya yang bertanyakan apa itu "smartamzar"?

Buat makluman semua, Amzar itu adalah nama anak sulung saya. Lebih 3 tahun saya menanti kelahirannya. Saya berasakan bahawa kelahirannya itu adalah rezeki kepada saya dan isteri. Dan saya juga yakin, Insyaallah bersamanya juga ada rezeki kepada kami sekeluarga. Apabila saya bertekad untuk berhenti kerja, mulalah saya mencari nama yang sesuai untuk bisnes saya ini. Pikir punya pikir punya pikir...... saya daftarkan nama Smart Amzar Ventures. Smart itu saya letakkan di hadapan nama anak saya kerana saya berasakan bahawa nature bisnes saya ini adalah berkenaan bagaimana perlu bijaknya saya untuk menjana pendapatan. Saya tidak mempunyai modal kewangan yang besar, tapi Allah telah anugerahkan saya ilmu pengetahuan dan akal fikiran yang saya kira sangat2 besar nilainya.

Biarlah dengan modal ilmu dan akal ini saya gunakan untuk mencari rezeki. Selain itu saya selalu katakan pada Amzar yang dia itu sangat bijak... harap2nya memang sungguh bijaklah dia juga tinggi IQnya.

Hmmm, sekarang ini dia sedang menangis nak tidur. Hajat tadi mahu postingkan barang sekeping dua gambarnya... tp saya rasa cukup sehingga ini dahulu. Saya sambung esok.

Kawan....

Kawan ni ada macam2 jenis... kawan sejati, kawan baik, kawan yang sekadar kawan, teman tapi mesra, dan macam2 lagi istilah kawan. Tp sekarang ni bukan nak cakap pasal jenis2 kawan.. just nak citer pasal kawan saya yang sorang ni. Ntah kenapa tiba2 teringat pasal dia. Saya kenal dia ni coz sama2 kerja suatu ketika dulu. Nak jadi cerita, jadi teman sewa rumah sekali... ntah macamana berkongsi 2-3 minat yang sama. Umur kitorang berbeza, dia lebih tua daripada saya... beza dalam 7-8 thn jugak. Tp kitorang boleh ngam.

Nak citer pengalaman manis berkawan ngan dia ni banyak... boleh buat buku rasanya. Mungkin akan cerita sedikit demi sedikit, tapi bukan sekarang. Nantilah, kena flashback baru boleh tulis dalam ni.

Sekarang ni dia dah sukses... dapat kerja karier yang diimpikan, dah beli rumah, dah beli kereta, dah boleh bawak pun kereta. Masa duduk sekali ngan saya 5 tahun dahulu, driving lesen tu cuma buat perhiasan jer. Tp sekarang dah boleh tunjuk kat polis, kalau kena mintak laaa...

Kawan, saya doakan kebahagiaan anda... sentiasa... dimana2.... walau dengan siapa...

Baru belajar....

Salam semua..... orang lain dah sampai level tinggi, saya baru nak mula... Tp takpe, orang kata biar ada dari takde langsung... biar lambat janji sampai...

Anyway, ni dah mula berjinak-jinak dengan dunia blog, saya akan make sure ianya sentiasa di update. Sekarang ni saya di penghujung karier makan gaji. Start from July, bermulalah karier saya sebagai businessman. Smart Amzar Ventures nilah nama bisnes saya.

Kenapa berenti kerja dan bisnes sendiri?

Ramai rakan2 & isteri saya sendiri bertanya tak menyesal ke berenti kerja di zaman ekonomi slow macam ni? Dah fikir masak2 ker? Tak sayang tinggal tempat kerja sekarang ker?... dan bermacam-macam lagi persoalan berkisar pasal saya berenti kerja ni.

So saya jawab pada diorang, dah fikir masak2. Walaupun sekarang income makan gaji dah lebih RM5k, tapi adat kerja dengan orang... payah nak puaskan hati. Hati majikan kena jaga, hati kita pun kena jaga. Conflict of interest pun satu hal juga. Pastu, bila kerja hati kita tak boleh nak concentrate 100% pun tak syok juga. Last2, saya ambil keputusan nekad nak berenti kerja.

Memang takut mula2, coz saya macam korang semua ada tanggungjawab: nak bagi makan minum pada keluarga, bayar ansuran kete ngan rumah, bil itu, bil ini.... Tapi saya berpegang pada 1 perkara. Apa dia? Rezeki tu Allah yang bagi, bukan makhluk-Nya. Alhamdulillah, sehari lepas sehari bila orang tau saya nak berenti kerja, ramai pulak nak tolong... yang sokong pun dah ramai. Pas tu pulak, nampak pulak cabang/ lubang bisnes yang pelbagai. Insyaallah, rezeki tu ada untuk saya, isteri dan anak yang baru lahir 3 bulan yang lalu. Lagipun Rasulullah pun dah kata, 9 daripada 10 rezeki tu pada perniagaan.

p/s: Sekarang ni sentiasa berkira-kira pasal perancangan bisnes. 1 Julai ni pun nak turun KL, jumpa kawan-kawan dan prospek bisnes yang boleh membantu. Doakan kejayaan saya yer...