Sunday, December 13, 2009

Ofis oh ofis.....


Bulan ni atau lebih tepat lagi minggu ini merupakan minggu terakhir saya duduk di ofis ini. Terasa sedih pula mahu meniggalkan ofis yang saya telah gunakan selama 5 bulan ini. Semuanya gara2 masalah dengan penyewa asal yang rupa2nya tidak menyampaikan sewa yang saya dan rakan bayar setiap bulan kepada tuan empunya pejabat.

Kalau mengikut perjanjian asal, sewa pejabat, bil api dan air akan perlu dibayar kepadanya, dan kemudian dia sendiri akan serahkan kepada tuan milik pejabat ini. Malang, dari bulan pertama lagi sewa itu tidak dijelaskan, malah panggilan tuan punya pejabat ini kepadanya juga tidak diangkat.

Terkejut saya dan rakan pada kali pertama tuan punya kedai datang sendiri dan bertanyakan hal sewa, sambil mencari penyewa asal pejabatnya ini. Saya katakan saya dan rakan telah membayar sewa kepada penyewa asal yang mempunyai "Tenncy Agreement" sehinagga hujung tahun hadapan. Kata tuan punya pejabat, kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengunci gril pejabatnya ini supaya kami tidak boleh masuk. Mujur, dia sendiri mengatakan sebenarnya tidak berguna jugak kerana yang lari dari membayar sewa itu adalah penyewa asal, sedangkan saya dan rakan tidak bersalah. Atas dasar belas ihsannya, dibenarkan kami mendiami pejabatnya sambil meminta tolong menasihatkan penyewa asal untuk membayar sewa.

Pening kepala dengan masalah yang berlaku ini, dan masalah yang kami jangkakan akan terus berlaku di masa hadapan, saya dan rakan sepakat untuk keluar dari pejabat ini, sebelum tuan empunya pejabat balik dari menunaikan haji di Mekah. Biarlah urusan sewa dan tunggakan bil api air di selesaikan di antara penyewa asal dengan tuan empunya pejabat ini, tanpa penglibatan kami.

Sekarang ini saya sedang mencari ruang pajabat lain yang bersesuaian. Dan buat sementara waktu ini, saya menumpang di pejabat rakan. Mujurlah dia mahu menolong, dan mengizinkan saya bekerja di pejabatnya sementara saya dapat mencari ruang pejabat saya sendiri.

Saya merasakan ini ada hikmahnya. Mungkin Allah mahu saya mencari ruang pejabat lain yang lebih besar, lengkap dengan beberapa orang kakitangan. Mudah2an itulah yang akan berlaku. Allah terus permudahkan urusan rezeki saya, sehingga saya boleh mengembangkan perniagaan saya ini, dan membantu orang lain mempunyai kerja dan gaji yang bakal saya tawarkan.

Setiap apa yang berlaku itu, Allah adalah Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia, perlu terus bermuhasabah dan melakukan yang terbaik dalam hidup kita.

Saya akan terus mencari, dan terus mencari ruang pejabat yang sesuai. Pasti akan ketemu jua, hanya masa akan menentukan.

4 comments:

  1. Semoga dapat tempat baru yang lebih sesuai mate...

    ReplyDelete
  2. mate motor atas tu berapa harganya?

    ReplyDelete
  3. ruang pejabat untuk disewa ada satu,tapi kat Batu Pahat...hg blh runding...mau ka?hehehe-madier

    ReplyDelete
  4. saya ada premis utk disewa di Jasin melaka. boleh rujuk
    http://www.youtube.com/watch?v=l0UQZI8rg50
    http://www.youtube.com/watch?v=TJsXILs84SA

    0123736548

    ReplyDelete