Tuesday, December 8, 2009

Syukur..

Alhamdulillah.... saat2 genting itu telah aku harungi dengan jayanya. Syukur banyak2 pada Allah yang telah memudahkan urusanku, di saat2 genting ini. Dah terima kasih juga sekali lagi pada isteri, yang memberikan sepenuh sokongan moral dan kewangan padaku.

Benarlah kata orang, disebalik kejayaan atau kegagalan seorang lelaki itu, pasti ada seorang wanita disebaliknya. Sekarang, aku benar2 meyakininya. Isteri itu bukan sekadar seorang wanita yang menjaga urusan rumahtangga kita, tetapi sebenarnya dialah teman karib yang sama2 merasai susah dan senang kita. Menangis bersama, dan tentunya gembira bersama.

Seorang suami yang menjadikan isterinya sebagai teman karib sebenarnya mempunyai banyak kelebihan. Kerana tiada orang lain sebenrnya yang memahami suami melainkan sang isteri. Isteri itu tahu kelemahan dan kelebihan sikap kita lebih dari orang lain... kerana kelemahan kita itu lebih banyak terserlah di rumah.

Pasti ramai yang bersetuju bahawa setiap dari kita seboleh-bolehnya akan menunjukkan kebaikan dan kelebihan kita di luar, di tempat kerja, di mana2 sahaja ada masyarakat sekeliling. Dan pastinya setiap kekurangan, kelemahan atau keburukan itu cuba disorokkan... Dan di mana lagi terserlahnya kelemahan dan kekurang itu jika bukan di rumah. Dan siapa lagi yang akan tahu jika bukan ibu bapa, adik beradik dan pasangan kita sendiri... bagi suami pastilah isterinya.

Diriku ini juga ada banyak kelemahan dan kekurangan. Dan Alhamdulillah, isteriku memahami, malah dia juga yang memberi tunjuk ajar serta peringatan akan kelemahn ku itu. Sedikit demi sedikit aku cuba perbaiki... dan hasilnya adalah memberangsangkan.

Diluar sana, ramai juga rakan2 ku yang mengatakan bahawa isteri adalah isteri di rumah. Tidak sesuai untuk dibawa berjumpa rakan2, dan lebih baik tidak mencampuri urusan kerja si suami di luar. Mungkin ada benarnya, tetapi mereka tidak nampak dan mungkin juga tidak merasai kepentingan isteri itu sekali sekala mencampuri dan mengambil tahu urusan kerja mereka. Ingat, jangan bila susah sahaja baru hendak mengadu pada isteri... Bukan kita mahukan kongkongan dari isteri, tetapi sekurang2nya berilah dan libatkanlah isteri dalam hal2 kerja dan rakan2 kita yang lain... supaya dia tahu dan boleh memberikan nasihat atau buah fikirannya yang kadangkala jauh lebih bernas dari rakan2 kita yang lain.

Tapi semua itu terpulang pada individu... Padaku, isteri ku itu adalah isteri, rakan karib dan ibu terbaik dalam hidup. Semoga Allah terus memberikan kebaikan dan keredhaan dalam kehidupan kami sekeluarga. Dan semoga rezeki ini tidak putus2... mudah2an dengan rezeki ini kami boleh membantu dan menginfaqkannya ke jalan agama-Mu Ya Allah...

No comments:

Post a Comment