Thursday, June 18, 2009

Amzar....

Petang tadi selesai shj saya membuat posting yang pertama, terus shj saya sms ke seorang rakan baik. Saya nyatakan alamat blog saya ini supaya mudah dia melayarinya... juga memberikan pandangan profesionalnya (saya katakan profesional kerana blog tulisannya baru2 ini sudah mencecah 10k pengunjung)... Kalau dah cecah 10k tu, maknanya ramailah orang suka baca apa yang ditulisnya. Berdasarkan pengamatan saya, blog yang senang2 nak cecah begitu ramai pengunjung ni biasanya blog hiburan/ gosip artis/ dan yang terkini politik tanahair...tapi blog dia ni merupakan satu blog luahan jiwa rasa, pengalaman dia dalam kehidupannya yang telah berlalu dan juga yang sedang berlaku. Saya kagumi tulisannya, dan saya percaya ramai lagi pengunjung blognya itu yang bersetuju dgn saya.

Hmmm, tp saya bukannya nak tulis berkenaan dirinya, juga bukan berkenaan blognya. Tapi reply sms yang saya terima daripadanya yang bertanyakan apa itu "smartamzar"?

Buat makluman semua, Amzar itu adalah nama anak sulung saya. Lebih 3 tahun saya menanti kelahirannya. Saya berasakan bahawa kelahirannya itu adalah rezeki kepada saya dan isteri. Dan saya juga yakin, Insyaallah bersamanya juga ada rezeki kepada kami sekeluarga. Apabila saya bertekad untuk berhenti kerja, mulalah saya mencari nama yang sesuai untuk bisnes saya ini. Pikir punya pikir punya pikir...... saya daftarkan nama Smart Amzar Ventures. Smart itu saya letakkan di hadapan nama anak saya kerana saya berasakan bahawa nature bisnes saya ini adalah berkenaan bagaimana perlu bijaknya saya untuk menjana pendapatan. Saya tidak mempunyai modal kewangan yang besar, tapi Allah telah anugerahkan saya ilmu pengetahuan dan akal fikiran yang saya kira sangat2 besar nilainya.

Biarlah dengan modal ilmu dan akal ini saya gunakan untuk mencari rezeki. Selain itu saya selalu katakan pada Amzar yang dia itu sangat bijak... harap2nya memang sungguh bijaklah dia juga tinggi IQnya.

Hmmm, sekarang ini dia sedang menangis nak tidur. Hajat tadi mahu postingkan barang sekeping dua gambarnya... tp saya rasa cukup sehingga ini dahulu. Saya sambung esok.

No comments:

Post a Comment