Sunday, June 28, 2009

Hati & Jiwa....1

Hari ini hari ahad,... hari yang mana seisi keluarga biasanya beristirehat, atau mungkin pergi makan angin. Tapi di Kota Bharu hari ini adalah hari bekerja. Saya juga tidak berkecuali, apatah lagi sekarang ini saya bekerja sendiri. Waktu kerja tidak menentu. Pun begitu, saya tetapkan dalam diri seboleh-bolehnya malam saya tidak diganggu, begitu juga hari Jumaat kerana saya mahu bersama keluarga.

Hari-hari yang telah berlalu, saya lewati dengan sedikit penyesalan. Kenapa? Saya sentiasa merasakan bahawa kerja atau amalan saya ini sentiasa ada kekurangan..... bila hari tersebut telah berlalu, baru saya sedari sesuatu yang tidak kena.... nah, ada cacat cela rupanya pekerjaan saya.

Yang terbaru sekali adalah pekerjaan saya berkaitan penyediaan laporan kewangan tahunan syarikat tempat lama saya bekerja. Penyata kewangan itu benar, tapi dalam proses menyediakannya itu ada kekurangan.... Bukan kurang rekod debit atau kredit.... tapi kurangnya "hati" dan "jiwa". Hati saya disepanjang proses penyediaan itu sedikit terganggu... Ada beberapa faktor yang saya kira agak besar juga impaknya pada kerja saya. Rasa malas itu kerap kali muncul di saat saya ingin memulakan kerja... kemudian timbul pula rasa untuk menangguhkan pekerjaan tersebut.....

Saya gagahkan juga diri untuk menyiapkan laporan dan penyata kewangan tersebut sebelum ianya dihantar ke juruadit. Harap2nya, biarlah penyata itu tiada masalah...

No comments:

Post a Comment