Sunday, July 12, 2009

Kemana anda semua?

Hari ini hari Isnin.... Hari yang biasanya agak sibuk bagi kebanyakan orang... tetapi tidak pula saya. Saya cuma ada dua janjitemu dengan pelanggan petang ini. Jadi, sekarang ini, pada pagi yang redup di Kota Bharu ini, saya buka lap top saya dan melayari internet. Saya buka dulu surat kabar online. Ingin tahu apa berita penting yang dilaporkan oleh wartawan. Tiada berita menarik pada hemah saya.... Yang sedikit menarik perhatian saya adalah berita yang menyatakan permintaan terhadap Akauntan Bertauliah adalah sangat tinggi, walaupun di saat kegawatan ekonomi. Lebih 30% CEO syarikat GLC dan syarikat2 besar rupa2nya adalah Akauntan Bertauliah... dan permintaan terhadapnya semaikn meningkat.

Rugi pulak saya rasakan kerana tidak meneruskan karier sebagai pengamal perakaunan di firma audit... yang melayakkan saya untuk menjadi akauantan bertauliah. Kalau tidak, mana tahu, saya juga boleh menjadi CEO mana2 syarikat besar tersebut. Tapi masa itu tidak akan berputar kembali, dan saya fikir sudah agak terlambat bagi saya untuk bekerja di firma audit. Tak mengapalah, bisnes yang saya usahakan sekarang ini juga sebenarnya adalah perkhidmatan berkaitan perakaunan, percukaian dan pengurusan... dan Insyaallah, melalui bisnes ini saya juga mampu menjana pendapatan melebihi 5 angka setiap bulan. Amin...

Terlanjur berkata mengenai kerja, saya teringat kembali rakan2 seperjuangan saya dulu yang sama2 menjadi pensyarah. Masa tu gaji kami agak kecil... Kadang2 cukup2 makan, kadang2 tengah bulan pun dah nak kena puasa.... Mungkin atas dasar gaji yang kecil itu, majoriti daripada kami selalu mencari peluang kerja kosong di lain2 tempat. Dan hasilnya ada yang kerja tak sampai setahun pun dah berhijrah pulak ke tempat kerja baru.

Saya cari koleksi gambar rakan2 saya, dan antara yang saya jumpa itulah saya letakkan di atas menjadi "header" blog ini. Saya ingin sebahagian besar nama2 mereka... tetapi ada juga yang saya lupa. Maaflah, mungkin anda tidak famous atau saya yang dah semakain tua...heheheh...

Saya amati setiap seorang dari wajah mereka, dan kemudian tertanya-tanya di mana mereka sekarang ini? Ada sebahagiannya yang saya masih berhubungan, dan melaluinya saya tahu perkembangan rakan2 yang lain.

Ada yang jadi cikgu, pensyarah di UNITEN, pensyarah UiTM, pensyarah UPM, pensyarah UMP, Eksekutif di TOYOTA, dan ramai lagi rupanya yang masih menjadi pensyarah di tempat yang sama. Bagi saya mereka yang masih bekerja di situ adalah orang yang setia, merasa secure dengan keadaan semasa.... tetapi atau mungkinkah mereka juga menanti peluang ditempat lain? Saya tidak pasti... hanya mereka tahu apa yang mereka mahu. Pada saya biarlah bekerja di mana sekalipun, yang penting kita malakukan pekerjaan kiat dengan sebaik mungkin. Dedikasi dan amanah ... serta berasa selesa dengan pekerjaan dan persekitaran kerja kita itu. Apa2 pun, saya mendoakan yang terbaik untuk mereka, rakan2 saya, tidak kira walau di mana pun anda bekerja.

Semoga semuanya berhati senang, bertubuh sihat dan murah rezeki.

Kepada Sukimang... usah dikenang barang yang lepas, ditangis sudah tidak berguna, tubuh merana, hati derita.... Jaga kesihatang mung sokmo.... Semoga satu hari nanti ada sinar yang cukup bahagia buat mung...

Saturday, July 4, 2009

Ira, I love you forever and ever.....

Sunday, June 28, 2009

Seperti burung di dalam sangkar..... dipuja, dibelai dan dimanja oleh tuannya. Burung ini bukan burung sebarangan... suaranya merdu, bulunya mempunyai warna dan kemasan yang yang sangat menarik.... Jika masuk pertandingan, tuan yang empunya pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. Nombor 1, 2 dan 3.... selalu sangat... Saguhati pulak tak terkira banyaknya.

Sebab itu tuan dia sayang padanya... Makanan yang elok2 sahaja diberi. Pagi petang dimandikannya.... Tapi tuan dia tidak tahu, burung itu hatinya selalu memberontak. Walau sangkar emas sekalipun yang didiaminya, sang burung tetap mahu keluar. Kegembiraan itu sukar digambarkan oleh sesiapa... kecuali pada diri sang burung itu, dan juga mungkin yang seangkatan dengannya.

Burung oh burung..... di dalam hati mu itu tiada siapa yang tahu. Berbunyi di dalam sangkar tuan katakan bernyanyi dengan riang... padahal kamu wahai sang burung sedang menjerit untuk keluar dari sangkar... mencari kebebasan, meneroka ke segenap alam....

Sabarlah wahai burung... hari kebebasan mu akan sampai jua. Sehingga itu, menjeritlah terus utuk menghiburkan tuanmu... sebelum kamu boleh menyanyi riang di luar sana.

Hati & Jiwa....1

Hari ini hari ahad,... hari yang mana seisi keluarga biasanya beristirehat, atau mungkin pergi makan angin. Tapi di Kota Bharu hari ini adalah hari bekerja. Saya juga tidak berkecuali, apatah lagi sekarang ini saya bekerja sendiri. Waktu kerja tidak menentu. Pun begitu, saya tetapkan dalam diri seboleh-bolehnya malam saya tidak diganggu, begitu juga hari Jumaat kerana saya mahu bersama keluarga.

Hari-hari yang telah berlalu, saya lewati dengan sedikit penyesalan. Kenapa? Saya sentiasa merasakan bahawa kerja atau amalan saya ini sentiasa ada kekurangan..... bila hari tersebut telah berlalu, baru saya sedari sesuatu yang tidak kena.... nah, ada cacat cela rupanya pekerjaan saya.

Yang terbaru sekali adalah pekerjaan saya berkaitan penyediaan laporan kewangan tahunan syarikat tempat lama saya bekerja. Penyata kewangan itu benar, tapi dalam proses menyediakannya itu ada kekurangan.... Bukan kurang rekod debit atau kredit.... tapi kurangnya "hati" dan "jiwa". Hati saya disepanjang proses penyediaan itu sedikit terganggu... Ada beberapa faktor yang saya kira agak besar juga impaknya pada kerja saya. Rasa malas itu kerap kali muncul di saat saya ingin memulakan kerja... kemudian timbul pula rasa untuk menangguhkan pekerjaan tersebut.....

Saya gagahkan juga diri untuk menyiapkan laporan dan penyata kewangan tersebut sebelum ianya dihantar ke juruadit. Harap2nya, biarlah penyata itu tiada masalah...

Friday, June 26, 2009

Rumah...

Tahun ini umur saya sudah menjangkau 31 tahun. Bagi sesetangah orang mereka amat berahsia akan umur mereka, tetapi tidak bagi saya. Umur yang saya kira sudah dipertengahan hidup ini (jika mengambil kira purata umur umat akhir zaman dan Rasulullah sendiri yakni 63 tahun) seharusnya telah banyak mematangkan saya. "Sekurang-kurangnya sudah 1/2 kilo asam dan garam saya makan... ".

Saya berkahwin pada umur 27 tahun... menimang cahaya mata pada umur 31 tahun.... Selalu juga saya berfikir, apa lagi yang kurang dalam hidup ini. Isteri yang baik sudah ada, zuriat pun sudah ada... tapi apa lagi yang tidak lengkap?

Ketika saya meninggalkan kerja saya di KSP dulu dan pergi berhijrah ke Putrajaya, saya tidak mempunyai harta melainkan sebuah kereta. Tapi saya ada membeli sebidang lot tanah bersama Sukiman.... mengikut perancangan nak buat rumah di situ, tapi perancangan itu bersifat sementara. Akhirnya kami jualkan tanah itu beberapa tahun yang lalu.

Semasa saya di Putrajaya, saya mendapat tahu ramai rakan2 saya di KSP yang mengambil inisiatif membeli rumah. Ada rumah banglo, semi-D dan teres... mengikut kepada kemampuan mereka. Saya kagum pada mereka, kerana mempunyai wawasan dan kewangan yang cukup untuk membeli rumah.... bayangkan di pertengahan umur 20an dan ada yang sesetengahnya baru sahaja bekerja sudah mampu membeli rumah.... Timbul perasaan jealous saya pada mereka... dengan siap2 nak pasang lantai Pergo... tanam rumput karpet... Fuhhh... memang class!!!.... Sahabat saya Sukiman pada masa itu juga selalu berkata pada saya yang dia pun sedang mencari rumah untuk dibeli... dan akhirnya setelah 4 tahun berlalu, dia juga memiliki rumah idamannya. Gambar2 rumah beliau boleh dilihat di dalam blognya di...http://jankaulu.blogspot.com.

Ramai rakan2 saya yang sudah memiliki rumah sendiri.... tetapi saya masih lagi menumpang rumah keluarga. Bila agaknya saya juga akan mempunya rumah sendiri? Selalu soalan ini berlegar2 di fikiran saya.... Nak tak nak, saya perlu gandakan usaha dan bekerja keras..... mudah2an saya juga boleh membina @ membeli sebuah teratak untuk keluarga saya sendiri. Nak buat apa pun tak kisah di dalam rumah... kerana itu sudah rumah kita. Ya Allah, kabulkan doa hamba-Mu ini... mudah2an hajatku untuk memiliki rumah sendiri tercapai... yang di dalamnya ada rezeki yang berkat dan kebahagiaan hidup... Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tahniah pada rakan2 yang sudah memiliki rumah sendiri.... Satu hari nanti saya juga mahu menjadi seperti anda.....

Monday, June 22, 2009

Bila waktu tidur berubah...


Zaman2 bujang dulu, masa tidur tak menentu. Kadang2 dalam sehari tu tidur dalam 2-3 jam... dan kadang-kadang menjangkau sehingga ke 10-12 jam. Masa tu bila kita tidur, takde sapa nak kacau. Habis2 pun mak ayah kejut bangun solat subuh..., atau nak mintak tolong kita buat sesuatu.

Waktu bujang dulu, tapi time hati ni dah berpunya... tidur pun tak menentu juga. Kadang-kadang masa tidur singkat ... kenapa? Coz malam tu bergayut dalam tepon 2-3 jam sampai pukul 2 pagi. Esok plak kena gi kerja seawal jam 8 pagi...

Mula-mula kawin, masa tidur maintain... sehari tu tidur dalam 7-8 jam. Masuk tidur pun awal..hehehe... ada sebab lah katakan. Kalau tidur lewat pun coz keluar jalan malam2 ngan isteri. Jalan2 carik makan "supper" ... sambil tgk keindahan malam.

Tapi sekarang ni bila dah ada anak.... malam tak seperti dulu. Masuk tidur pun awal.... Tidur style tidur2 ayam... Masa tidur kadang2 tak cukup.... Biasalah, anak kecik ni perlukan perhatian. Sikit2 dia menangis... lapar menagis... panas menangis.... pampers dah full pun menangis... kembung perut pun menangis..... Mula2 dulu tension jugak, coz hidup berubah secara drastik. Tapi lama kelamaan dan boleh sesuaikan diri. Isteri pun faham... so kita pun kena faham. Sama2 tolak ansur.

Seperkara yang saya selalu cuba ingat dalam hati, tak kira apa jua keadaan pun jangan cepat marah. Kena banyak bersabar. Alhamdulillah, walau tidur tidak lagi menentu, hati saya sekarang enjoy .... bila tgk muka Amzar.... nak marah pun tak jadi... tension pun hilang.... kadang2 tersenyum sorang2 melihat keletah dan kerenahnya.

Dia baru 3 bulan, tapi saya rasa dia faham apa yang kita kata padanya... Time kita nak marah, tiba2 di tersenyum.... kalau kita kata nak bawak keluar malam n tiba2 tak jadi, dia merengek dan berbunyi .."enggi... enggi...." yang saya kira maksudnya hendak pergi keluar.... Hmmm, jawabnya keluar jugaklah malam tu membawa dia melihat sekeliling sehingga dia tertidur.

Hai Amzar..... takpelah tidur bukan macam dulu2 pun.... Abi dan Mummy puas hati....

Friday, June 19, 2009

Amzar 2....


Sebagaimana dijanjikan semalam, hari ini saya ingin uploadkan beberapa keping gambar buah hati saya yang terbaru selepas isteri...

Ni gambar hari pertama dia di atas muka bumi ni. Lahir pukul 1.40a.m... 18 Mac.

Ada cerita menarik disebalik kelahirannya. Kalau ikut doktor, EDD anak saya ni adalah pada 13 Mac. Pun begitu, hari Jumaat 6 Mac selepas solat Maghrib, wife saya sudah merasa sedikit contraction... saya kejarkan dia ke hospital dengan seberapa segera. Takut pula jika terberanak di dalam kereta. Yang menariknya, sampai di hospital rasa sakit itu hilang.... Doktor kata anak dalam tu nak main2 jer.

Biasanya, kalau dah ada contraction ni doktor kata 2-3 hari akan bersalin lah. Tapi wife saya tak jugak rasa sakit untuk bersalin. Masuk 13hb Mac juga masih tidak sakit. Oleh kerana ultrasound ke atas wife saya ni menunjukkan yang baby ni dah agak besar, so doktor suggest lah ke we all untuk induce wife saya ni.

Mengikut kata doktor, normally bila induce ni tunggu dalam 7-8 jam dah bersalin. So saya dan wife pun sepakat untuk pilih tarikh 17hb Mac... coz tu adalah birthday saya. Harapannya biarlah baby yang lahir tu sama birthday dengan saya.

Tapi betullah bila orang kata, "kita mampu merancang... tapi akhirnya hanya tuhan yang menentukan." 17hb tu dari pagi sampai ke petang wife saya masih tidak sakit, walaupun sudah di"induce" sebanyak 2 kali. Hanya pada malam itu sekitar pukul 10.30 mlm dia terasa sakit yang amat sangat. Tunggu punya tunggu punya tunggu.... 1.40pagi barulah cahaya mata kami ini lahir. Dan tarikhnya adalah pada 18hb..... mungkin dia xnak celebrate sekali birthday dengan saya, coz rugi nanti cake kena bahagi 2. Hehehe.... Tapi tak kisah lah. Yang penting cahaya mata kami ini lahir dengan selamat, sihat dan cukup sifat.