Tuesday, November 24, 2009

Memang dah lama betul tidak menulis di blog ini. Yang last sekali bulan 9 hari tu... itupun wife yang upload nukilan dia.

Hari ni, di Kota Bharu hujan sepanjang hari. Memang sudah lumrahnya, musim tengkujuh di hujung tahun. Air sudah bergenang dan mula naik di sana sini. Banyak tempat juga yang dilanda banjir. Alhamdulillah, rumah dan kawasan sekitarnya tidak banjir.

Duduk di peabat seorang diri ni kadang2 relax, kadang2 tension jugak.... Xde teman untuk berbicara. Kerani yang seorang tu maybe bulan depan baru start kerja. Maklumlah, patah kaki ni makan masa jugak nak sembuh. Partner pulak tahu memang letih, siang buat kerja dia... malam tolong wife jaga restoran coz wife X habis pantang lagi.

Kerja memang banyak... nak tak nak kena buat. Kena kerja kuat, baru income masuk. Sekarang ni macam2 kerja saya buat.... asal boleh buat, saya rembat. Janji kerja tu halal. Prepare financial statement untuk client, buat kerja2 management, import barang sikit dari oversea, buat tempahan uniform batik... dan yang latest sekali buat kerja part time.. kerja senang, hasilnya pulak lumayan. Baru jer buat kerja tu, tapi Alhamdulillah, hasilnya dah nampak. Patutlah member baik masa sekolah dulu tu sanggup berenti kerja dari jadi Regional Manager Asia Teanggara untuk Caltex, semata2 nak concentrate ke kerja baru ni. Dia jugak yang ajak buat kerja ni sama2. Kalau orang lain ajak maybe X minat nak buat, tp sebab dia... beranikan diri untuk buat jugak.

Di antara ramai2 rakan yang saya ada, dia adalah diantara yang boleh hidup mewah. BMW adalah kenderaan terbaru yang dibelinya. Dan tahun hadapan, ada rezeki akan jadi jutawanlah dia.

Saya tabik keazaman dan kesungguhan dia dalam kerjanya. Saya sokong dia, dan Alhamdulillah, dia juga banya menyokong dan membantu saya.

Ya Allah, mudah2an saya juga akan beroleh rezeki seperti dia... Pernah saya terbaca bahawa nak jadi jutawan tu ada banyak cara... Pertama, kerana kita mewarisi kekayaan keluarga kita yang bernilai jutaan ringgit. Kedua, kita tackle dan kawin dengan anak jutawan atau jutawan tu sendiri... Ketiga, jutawan segera sebab jual tanah macam peneroka Felda LBJ... Keempat, coz main nombor ekor yang memang dah sah HARAM hukumnya... dan Kelima, kita bekera kuat untuk jadi jutawan.

Saya tidak termasuk dalam jutawan yang Pertama, Kedua, Ketiga atau Keempat.. tapi yang kelima itu saya yakin boleh.... Perasa tak saya guna perkataan YAKIN... maksudnya dengan izin Allah taala, dan usaha yang saya lakukan ini, siapa tahu saya juga boleh menjadi jutawan.

Biarlah orang kata ini hanya angan2... Tapi INGAT, dari angan2 menjadi cita2... dari cita2 menjadi Kenyataan...

Tuesday, September 8, 2009

Sikap Seorang Ayah

Assalamualaikum..

Inilah pertama kali saya menulis di dalam blog suami. Rasa terpanggil untuk meluahkan rasa tentang perihal seorang ayah.. Ayah adalah seorang ketua keluarga, ayah lah yang mencari rezeki dan menyara kehidupan anak-anak, ayah lah tempat bermanja, ayah adalah segala-galanya bagi anak-anak tetapi ayah jua yang melukakan hati anak-anak. Bgaimana terjadi? Mungkin institusi kekeluargaan begitu rapuh hinggakan ada yang makan hati. Banyak memori indah bersama ayah terpahat dijiwa. Sayangnya pada ayah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Namun masa begitu cepat berlalu, ayah tidak lagi seperti dulu. Ayah sanggup melukakan hati anak-anak demi seorang wanita yang lebih muda dari ibu. Kejamnya seorang ayah... bukankan anak-anak adalah anugerah dari Ilahi? Kenapa mensia-siakan kasih sayang anak demi untuk mendapatkan kasih sayang wanita muda yang hanya mahu hidup mewah? Ayah menjadi buta hati dan tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Ayah ingatlah kasih sayang anak adalah kasih sayang abadi....

Dulu ayah seorang yang sangat baik dengan anak-anak dan tidak pernah mengabaikan anak-anak tetapi kini ayah sentiasa menyendiri. Sudah tidak kedengaran gurau senda bersama anak yang ada hanyalah kata-kata pedih untuk anak-anak terima. Anak-anak perasan ayah berubah dengan ketara setelah mendapat rezeki yang melimpah ruah. Mungkin pada ayah kasih sayang boleh dibeli melalui wang ringgit. Ya Allah...

Disebabkan wanita itu seorang ayah tidak mengaku anak walhal itu adalah anak kandungnya, seorang ayah sanggup menghalau anak demi wanita itu, hanya kerana wanita itu ayah sanggup mengungkapkan kata-kata nista kepada anaknya yang tengah sarat mengandung... ayah kejamnya diri mu..... institusi kekeluargaan ini hampir musnah hanya kerana sikap ayah.. mana kasih sayang ayah? mana keprihatinan ayah, mana gurau senda ayah? mana kegembiraan keluarga ini seperti dulu?

Anak-anak cukup merana dengan sikap ayah. Pastinya mental dan sahsiah diri anak-anak turut terjejas dengan situasi ini.

Ayah kembalilah seperti dulu, kembalikan cahaya kegembiraan untuk keluarga kita.

Para pembaca blog yang saya hormati, kisah ini boleh dijadikan sebagai pengajaran. Sekiranya anda seorang lelaki atau pun seorang ayah yang manakah patut anda dahulukan adakah cinta terhadap anak-anak atau pun cinta terhadap perempuan yang anda tidak pasti sedalam mana kasih sayangnya. Setiap orang mempunyai pandangan. Apa jua pandangan dan nasihat akan dijadikan panduan pada masa akan datang.

p/s: kaum wanita juga dialu-alukan memberi komen untuk kisah ini.

Sunday, July 12, 2009

Kemana anda semua?

Hari ini hari Isnin.... Hari yang biasanya agak sibuk bagi kebanyakan orang... tetapi tidak pula saya. Saya cuma ada dua janjitemu dengan pelanggan petang ini. Jadi, sekarang ini, pada pagi yang redup di Kota Bharu ini, saya buka lap top saya dan melayari internet. Saya buka dulu surat kabar online. Ingin tahu apa berita penting yang dilaporkan oleh wartawan. Tiada berita menarik pada hemah saya.... Yang sedikit menarik perhatian saya adalah berita yang menyatakan permintaan terhadap Akauntan Bertauliah adalah sangat tinggi, walaupun di saat kegawatan ekonomi. Lebih 30% CEO syarikat GLC dan syarikat2 besar rupa2nya adalah Akauntan Bertauliah... dan permintaan terhadapnya semaikn meningkat.

Rugi pulak saya rasakan kerana tidak meneruskan karier sebagai pengamal perakaunan di firma audit... yang melayakkan saya untuk menjadi akauantan bertauliah. Kalau tidak, mana tahu, saya juga boleh menjadi CEO mana2 syarikat besar tersebut. Tapi masa itu tidak akan berputar kembali, dan saya fikir sudah agak terlambat bagi saya untuk bekerja di firma audit. Tak mengapalah, bisnes yang saya usahakan sekarang ini juga sebenarnya adalah perkhidmatan berkaitan perakaunan, percukaian dan pengurusan... dan Insyaallah, melalui bisnes ini saya juga mampu menjana pendapatan melebihi 5 angka setiap bulan. Amin...

Terlanjur berkata mengenai kerja, saya teringat kembali rakan2 seperjuangan saya dulu yang sama2 menjadi pensyarah. Masa tu gaji kami agak kecil... Kadang2 cukup2 makan, kadang2 tengah bulan pun dah nak kena puasa.... Mungkin atas dasar gaji yang kecil itu, majoriti daripada kami selalu mencari peluang kerja kosong di lain2 tempat. Dan hasilnya ada yang kerja tak sampai setahun pun dah berhijrah pulak ke tempat kerja baru.

Saya cari koleksi gambar rakan2 saya, dan antara yang saya jumpa itulah saya letakkan di atas menjadi "header" blog ini. Saya ingin sebahagian besar nama2 mereka... tetapi ada juga yang saya lupa. Maaflah, mungkin anda tidak famous atau saya yang dah semakain tua...heheheh...

Saya amati setiap seorang dari wajah mereka, dan kemudian tertanya-tanya di mana mereka sekarang ini? Ada sebahagiannya yang saya masih berhubungan, dan melaluinya saya tahu perkembangan rakan2 yang lain.

Ada yang jadi cikgu, pensyarah di UNITEN, pensyarah UiTM, pensyarah UPM, pensyarah UMP, Eksekutif di TOYOTA, dan ramai lagi rupanya yang masih menjadi pensyarah di tempat yang sama. Bagi saya mereka yang masih bekerja di situ adalah orang yang setia, merasa secure dengan keadaan semasa.... tetapi atau mungkinkah mereka juga menanti peluang ditempat lain? Saya tidak pasti... hanya mereka tahu apa yang mereka mahu. Pada saya biarlah bekerja di mana sekalipun, yang penting kita malakukan pekerjaan kiat dengan sebaik mungkin. Dedikasi dan amanah ... serta berasa selesa dengan pekerjaan dan persekitaran kerja kita itu. Apa2 pun, saya mendoakan yang terbaik untuk mereka, rakan2 saya, tidak kira walau di mana pun anda bekerja.

Semoga semuanya berhati senang, bertubuh sihat dan murah rezeki.

Kepada Sukimang... usah dikenang barang yang lepas, ditangis sudah tidak berguna, tubuh merana, hati derita.... Jaga kesihatang mung sokmo.... Semoga satu hari nanti ada sinar yang cukup bahagia buat mung...

Saturday, July 4, 2009

Ira, I love you forever and ever.....

Sunday, June 28, 2009

Seperti burung di dalam sangkar..... dipuja, dibelai dan dimanja oleh tuannya. Burung ini bukan burung sebarangan... suaranya merdu, bulunya mempunyai warna dan kemasan yang yang sangat menarik.... Jika masuk pertandingan, tuan yang empunya pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong. Nombor 1, 2 dan 3.... selalu sangat... Saguhati pulak tak terkira banyaknya.

Sebab itu tuan dia sayang padanya... Makanan yang elok2 sahaja diberi. Pagi petang dimandikannya.... Tapi tuan dia tidak tahu, burung itu hatinya selalu memberontak. Walau sangkar emas sekalipun yang didiaminya, sang burung tetap mahu keluar. Kegembiraan itu sukar digambarkan oleh sesiapa... kecuali pada diri sang burung itu, dan juga mungkin yang seangkatan dengannya.

Burung oh burung..... di dalam hati mu itu tiada siapa yang tahu. Berbunyi di dalam sangkar tuan katakan bernyanyi dengan riang... padahal kamu wahai sang burung sedang menjerit untuk keluar dari sangkar... mencari kebebasan, meneroka ke segenap alam....

Sabarlah wahai burung... hari kebebasan mu akan sampai jua. Sehingga itu, menjeritlah terus utuk menghiburkan tuanmu... sebelum kamu boleh menyanyi riang di luar sana.

Hati & Jiwa....1

Hari ini hari ahad,... hari yang mana seisi keluarga biasanya beristirehat, atau mungkin pergi makan angin. Tapi di Kota Bharu hari ini adalah hari bekerja. Saya juga tidak berkecuali, apatah lagi sekarang ini saya bekerja sendiri. Waktu kerja tidak menentu. Pun begitu, saya tetapkan dalam diri seboleh-bolehnya malam saya tidak diganggu, begitu juga hari Jumaat kerana saya mahu bersama keluarga.

Hari-hari yang telah berlalu, saya lewati dengan sedikit penyesalan. Kenapa? Saya sentiasa merasakan bahawa kerja atau amalan saya ini sentiasa ada kekurangan..... bila hari tersebut telah berlalu, baru saya sedari sesuatu yang tidak kena.... nah, ada cacat cela rupanya pekerjaan saya.

Yang terbaru sekali adalah pekerjaan saya berkaitan penyediaan laporan kewangan tahunan syarikat tempat lama saya bekerja. Penyata kewangan itu benar, tapi dalam proses menyediakannya itu ada kekurangan.... Bukan kurang rekod debit atau kredit.... tapi kurangnya "hati" dan "jiwa". Hati saya disepanjang proses penyediaan itu sedikit terganggu... Ada beberapa faktor yang saya kira agak besar juga impaknya pada kerja saya. Rasa malas itu kerap kali muncul di saat saya ingin memulakan kerja... kemudian timbul pula rasa untuk menangguhkan pekerjaan tersebut.....

Saya gagahkan juga diri untuk menyiapkan laporan dan penyata kewangan tersebut sebelum ianya dihantar ke juruadit. Harap2nya, biarlah penyata itu tiada masalah...

Friday, June 26, 2009

Rumah...

Tahun ini umur saya sudah menjangkau 31 tahun. Bagi sesetangah orang mereka amat berahsia akan umur mereka, tetapi tidak bagi saya. Umur yang saya kira sudah dipertengahan hidup ini (jika mengambil kira purata umur umat akhir zaman dan Rasulullah sendiri yakni 63 tahun) seharusnya telah banyak mematangkan saya. "Sekurang-kurangnya sudah 1/2 kilo asam dan garam saya makan... ".

Saya berkahwin pada umur 27 tahun... menimang cahaya mata pada umur 31 tahun.... Selalu juga saya berfikir, apa lagi yang kurang dalam hidup ini. Isteri yang baik sudah ada, zuriat pun sudah ada... tapi apa lagi yang tidak lengkap?

Ketika saya meninggalkan kerja saya di KSP dulu dan pergi berhijrah ke Putrajaya, saya tidak mempunyai harta melainkan sebuah kereta. Tapi saya ada membeli sebidang lot tanah bersama Sukiman.... mengikut perancangan nak buat rumah di situ, tapi perancangan itu bersifat sementara. Akhirnya kami jualkan tanah itu beberapa tahun yang lalu.

Semasa saya di Putrajaya, saya mendapat tahu ramai rakan2 saya di KSP yang mengambil inisiatif membeli rumah. Ada rumah banglo, semi-D dan teres... mengikut kepada kemampuan mereka. Saya kagum pada mereka, kerana mempunyai wawasan dan kewangan yang cukup untuk membeli rumah.... bayangkan di pertengahan umur 20an dan ada yang sesetengahnya baru sahaja bekerja sudah mampu membeli rumah.... Timbul perasaan jealous saya pada mereka... dengan siap2 nak pasang lantai Pergo... tanam rumput karpet... Fuhhh... memang class!!!.... Sahabat saya Sukiman pada masa itu juga selalu berkata pada saya yang dia pun sedang mencari rumah untuk dibeli... dan akhirnya setelah 4 tahun berlalu, dia juga memiliki rumah idamannya. Gambar2 rumah beliau boleh dilihat di dalam blognya di...http://jankaulu.blogspot.com.

Ramai rakan2 saya yang sudah memiliki rumah sendiri.... tetapi saya masih lagi menumpang rumah keluarga. Bila agaknya saya juga akan mempunya rumah sendiri? Selalu soalan ini berlegar2 di fikiran saya.... Nak tak nak, saya perlu gandakan usaha dan bekerja keras..... mudah2an saya juga boleh membina @ membeli sebuah teratak untuk keluarga saya sendiri. Nak buat apa pun tak kisah di dalam rumah... kerana itu sudah rumah kita. Ya Allah, kabulkan doa hamba-Mu ini... mudah2an hajatku untuk memiliki rumah sendiri tercapai... yang di dalamnya ada rezeki yang berkat dan kebahagiaan hidup... Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Tahniah pada rakan2 yang sudah memiliki rumah sendiri.... Satu hari nanti saya juga mahu menjadi seperti anda.....